- Lain-lain
Jumlah Pelancong Melalui Pelabuhan Dongxing Lebihi 1.5 Juta
Pada separuh pertama tahun ini, pelancong yang keluar masuk melalui pelabuhan Dongxing berjumlah 1.53 juta, termasuk 11,200 kumpulan pelancong dari China dan hampir 4,000 kumpulan pelancong dari Vietnam.
Demikian maklumat dari pusat imigresen dan pemeriksaan sempadan Dongxing, wilayah Guangxi, China pada 10 Julai.
Dalam pada itu, jumlah kumpulan pelancong dari Vietnam menyaksikan peningkatan pesat.
Pelabuhan Dongxing ialah satu-satunya pelabuhan peringkat pertama di China yang bersempadan dengan Vietnam melalui laut dan darat, dan merupakan salah satu laluan paling mudah bagi pengembara China ke Vietnam dan Asia Tenggara.
Sejak perkhidmatan pengangkutan awam disambung semula di pelabuhan Dongxing pada awal tahun ini, jumlah pelancong yang keluar masuk melalui pelabuhan ini meningkat dengan pesat.
- "Naga Gergasi" Sambut Hari Perahu Naga
- Monyet Daun Francois Ditemui di Barat Daya China
- Riang Ria Hari Raya 3 Mac Etnik Zhuang
- Festival Muzik Greencity Pertama Diadakan di Nanning
- Pintu Sempadan China-Vietnam di Guangxi Makin Sibuk
- “Kampung Pelancongan Terbaik” UNWTO, Dua Lagi dari China
- Hengzhou, Guangxi: Bunga Mekar Meliputi Seluruh Bandar