- Lain-lain
Persidangan AI Dunia 2023 di Shanghai
Lebih 400 perusahaan termasuk 50 syarikat pemula yang inovatif menjadi pempamer dalam Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia (WAIC) 2023 yang diadakan di Shanghai pada 6 hingga 8 Julai. Baik jumlah pempamer mahupun keluasan pameran untuk WAIC 2023 yang meliputi model raksasa, cip, robot dan pemanduan pintar, mencecah rekod baharu dalam sejarah temasya itu.
Pelancaran perdana untuk lebih 30 produk baharu telah diadakan dalam tempoh WAIC edisi tahun ini, antaranya termasuk dron logistik beroperasi di udara rendah yang mampu menghantar bungkusan seberat 2.5 kilogram kepada pelanggan dalam lingkungan radius 5 kilometer dalam 10 minit. Selain itu, ia juga dapat berterbang dengan selamat pada cuaca buruk seperti salji dan hujan sederhana.
Sementara itu, pelancaran perdana traktor tanpa pemandu yang berkuasa elektrik bateri juga kelihatan memukau, kerana kenderaan elektrik bateri (BEV) itu mampu mengecas secara automatik, mengeluarkan amaran apabila mendapati berat kargo yang melampau, dan bertugas untuk pengangkutan 24 jam untuk 7 hari berturut-turut, yang dilihat sangat kondusif bagi peningkatan kecekapan dan keselamatan operasi berkenaan.