- Lain-lain
Surat Tahniah Xi untuk Ulang Tahun Ke-70 “Kembara Pecah Ais” Perdagangan China-Britain
Presiden China, Xi Jinping telah menulis sepucuk surat tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-70 “kembara pecah ais” perdagangan China-Britain semalam.
Menurut Xi, sekumpulan usahawan Britain seperti Encik Jack Perry yang tajam matanya menampak prospek cerah Republik Rakyat China dan potensi besar kerjasama kedua-dua negara pada 70 tahun yang lalu. Merekalah yang bertindak berani memecahkan 'ais ideologi' dan menjadi yang pertama merintis saluran perdagangan dan interaksi China-Britain.
Pada tempoh 70 tahun lalu, para “ais breaker” berpeluang menyaksikan dan mengambil bahagian dalam usaha pembangunan dan pembaharuan China generasi demi generasi, sekali gus dapat mengembangkan sayap masing-masing melalui kerjasama yang saling menguntungkan. Dengan usaha bersama kedua-dua pihak, perdagangan tahunan China-Britain sudah melebihi USD100 billion (RM466 bilion) setakat ini. Adalah terbukti dengan hakikat bahawa kerjasama itu bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat keuda-dua negara, malah kepada keamanan dan pembangunan dunia.
Xi berharap agar personaliti yang berinspirasi dari pelbagai bidang China dan Britain terus mewarisi semangat “ais breaker” itu untuk meneroka kerjasama menang-menang, mendorong ekonomi dunia yang terbuka dan memberi lebih banyak sumbangan bagi kerjasama persahabatan China-Britain.
Aktiviti sambutan itu dianjurkan bersama oleh Dewan China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), Kelab Kumpulan 48 Britain dan Persatuan Perdagangan Britain-China di Beijing.