- Lain-lain
Arahan Xi tentang Kerja Menyelamat Semasa Musim Banjir
Presiden China, Xi Jinping pada Selasa mengarahkan pelbagai jabatan yang terbabit di negara ini meningkatkan penyelarasan dalam kerja menyelamat dan kawal selia semasa musim banjir sekarang ini.
Beliau memberi arahan itu pada saat menjelang musim banjir yang akan melanda tujuh kawasan aliran sungai utama di negara ini secara menyeluruh.
Beliau mendesak jabatan kerajaan berkenaan yang meliputi Ibu Pejabat Kawalan Banjir dan Kemarau Negara China, Kementerian Pengurusan Kecemasan dan Kementerian Sumber Air untuk meningkatkan penyelarasan, memperincikan perundingan dan penyelidikan, meningkatkan ketepatan dalam kawal selia, pemberian amaran awal dan bantuan di kawasan-kawasan yang mudah terdedah kepada bencana banjir, dan berusaha sedaya upaya dalam menjalankan tugasan menyelamat.
Xi juga memberi kata semangat kepada pihak berkuasa pada semua peringkat untuk bertindak pantas memikul tanggungjawab dalam melakukan siap siaga dan memerangi bencana banjir, mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat, dan berusaha untuk meminimumkan kerugian dalam pelbagai bidang.