- Lain-lain
Jumlah Pengeluaran NEV China Catat 20 Juta
Sebuah kenderaan tenaga baharu (NEV) yang bergerak keluar dari kilang pembuatan milik Syarikat AION GAC di Guangzhou pada Isnin, menandakan jumlah pengeluaran NEV berjaya mencecah rekod 20 juta di China.
Naib Menteri Industri dan Maklumat China, Xin Guobin ketika berucap pada majlis yang meraikan prestasi cemerlang tersebut menyatakan bahawa NEV kini merupakan arah tuju utama dalam transformasi, penaiktarafan serta pembangunan hijau industri automobil global, selain pilihan strategik bagi pembangunan industri automobil China yang bermutu tinggi.
"Dalam tempoh 70 tahun, industri automobil China membangun dari sifar hingga menjadi hebat pada masa ini.
"NEV ke-20 juta tersebut adalah satu momen simbolik dalam sejarah pembangunan automobil di negara ini," ujar beliau.
Menurut statistik Persatuan Pengeluar Kereta China (CAAM), pada lima bulan pertama tahun ini, jumlah pengeluaran dan penjualan NEV China masing-masing mencatat 3 juta dan 2.94 juta, iaitu meningkat 45.1 peratus dan 46.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Pakar berpendapat, jumlah pengeluaran NEV China yang melebihi 20 juta menandakan pembangunan industri NEV China telah memasuki fasa baharu, iaitu pembangunan berkualiti tinggi secara berskala berasaskan perindustrian dan parasan, sekali gus mendorong transformasi industri automobil global ke arah berkuasa elektrik dan pintar.
- Pameran Kereta Kawasan Teluk Besar Buka Tirai
- China akan Sumbang 55 Peratus Peningkatan Kapasiti TBB Dunia
- NEV China Terima Sambutan Hangat di Pameran Permotoran Barcelona
- Kenderaan Tenaga Alternatif, Tumpuan Auto Shanghai 2023
- Xi Tinjau ke Bandar Guangzhou
- Pasaran Automotif China Kekal Mampan dan Baik
- Tesla akan Buka Megafactory di Shanghai
- Pengeluaran dan Penjualan BEV China No.1 Lapan Tahun Berturut-turut
- Eksport Kereta Tenaga Alternatif China Meningkat Ketara
- NEV China Lakar Prestasi Pengeluaran dan Jualan Cemerlang