99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Indeks Perdagangan China-Afrika Pertama Diumumkan

(CRI)Jumaat 30 Jun 2023

Buat julung-julung kalinya, Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) mengumumkan Indeks Perdagangan China-Afrika yang nilai asasnya ditetapkan sebanyak 100 mata pada tahun 2000 berjaya mencapai 990.55 mata pada 2022.

Pada tempoh sama, nilai keseluruhan import dan eksport China-Afrika pula meningkat dari RMB100 bilion (RM64.5 bilion) kepada RMB1.88 trilion (RM1.2 trilion), iaitu kadar peningkatan melebihi 20 kali ganda, sekali gus memperlihatkan trend pembangunan perdagangan China-Afrika yang pesat.

Menurut Pengarah Jabatan Penganalisisan Statistik GACC, Lyu Daliang, indeks tersebut diukur dari sudut skala, kekerapan, struktur, potensi dan kedinamikan perdagangan yang dianggap dapat menunjukkan situasi sebenar dan potensi pembangunan perdagangan antara China dengan negara-negara Afrika.

Jelas beliau, ia sekali gus memainkan peranan positif bagi terus mendorong pertukaran perdagangan kedua-dua pihak.

Lyu yang juga merangkap Jurucakap Penerangan GACC berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada perasmian Ekspo Ekonomi Perdagangan China-Afrika yang ketiga di bandar Changsha, pada Khamis.

Tambah beliau, perdagangan China-Afrika turut menyaksikan perkembangan pesat pada tahun mutakhir.

"China telah menjadi rakan dagang terbesar Afrika selama 14 tahun secara berturut-turut.

"Nilai keseluruhan import dan eksport China-Afrika pada lima bulan pertama tahun ini telah meningkat 16.4% peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat RMB822.32 bilion (RM530 bilion)," ujar Lyu.

Beliau berkata, sebagai 'barometer' dan 'mata angin', indeks tersebut juga mendedahkan lima keunikan pembangunan perdagangan China-Afrika sejak tahun 2000.

Ia adalah termasuk peningkatan skala perdagangan, hubungan perdagangan semakin rapat, struktur perdagangan cukup jelas, potensi perdagangan kian besar dan kedinamikan syarikat terus diintensifkan.

Lyu turut menyatakan bahawa prospek perdagangan kedua-dua pihak kelihatan cerah susulan permintaan China-Afrika yang semakin banyak terhadap barangan buatan masing-masing.

"Indeks tersebut akan memberi asas saintifik bagi badan kerajaan menyempurnakan dasar perdagangan yang berkaitan, sambil memberi sokongan maklumat bagi syarikat import dan eksport serta mendorong kerjasama ekonomi perdagangan China-Afrika menuju ke tahap yang baharu," tambahnya lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan