- Lain-lain
China Hulur Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar
Kumpulan pertama barang bantuan oleh kerajaan China kepada Myanmar yang dilanda bencana taufan Mocha tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada Isnin.
Difahamkan, barang bantuan kumpulan pertama itu merangkumi 10,000 kelambu dan 10,000 selimut dengan berat keseluruhan sebanyak 10 tan.
Sebanyak 190 tan barang bantuan susulan akan dihantar melalui pengangkutan laut dalam masa terdekat, termasuk 20 juta tablet pembersihan air, 84,000 pek makanan segera, 1,700 khemah, 1,000 lampu solar mudah alih, 500 tong peluntur berklorin, 400 penjana elektrik mudah alih, 200 pam air, serta sejumlah 10,000 kelambu dan 10,000 selimut lagi.
Taufan super Mocha yang melanda Rakhine di pantai barat Myanmar pada pertengahan Mei lalu, menjejaskan beberapa provinsi, negeri dan wilayah di seluruh negara itu, meragut 148 nyawa, memusnahkan hampir 200,000 rumah, dan merosakkan sebilangan besar infrastruktur.
Ketika ini, kerja-kerja pembinaan semula oleh kerajaan tempatan sedang giat dijalankan.