- Lain-lain
Ekspo Karbon Pertama Fokuskan Revolusi Hijau, Karbon Rendah
Ekspo Neutral Karbon Antarabangsa Shanghai edisi pertama membuka tirainya di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional di sini pada Ahad.
Ekspo anjuran Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara dan kerajaan tempatan bandar raya Shanghai akan berlangsung selama empat hari.
Bertemakan "Ke Arah Neutral Karbon", eskpo ini akan mengetengahkan pameran teknologi, produk dan hasil dalam bidang penjimatan tenaga dan karbon rendah, membina platform pertukaran dan kerjasama kepada pelbagai pihak, serta mempopularkan penggunaan teknologi berkaitan neutral karbon, mendorong pembangunan perindustrian baharu, dan menyumbang kepada transformasi pembangunan sosioekonomi ke arah karbon rendah.
Difahamkan, ekspo tersebut mempunyai ruang pameran seluas 100 ribu meter persegi, terdiri daripada pameran tema, siri forum dan perundingan perdagangan.
Ekspo ini disertai lebih 600 syarikat terkenal dari dalam dan luar negara, dan diunjurkan menerima kunjungan lebih 100 ribu pengunjung profesional.
Pada majlis perasmian ekspo, 10 kes syarikat yang boleh menjadi kes contoh dalam sektor karbon rendah, serta Perisytiharan Inisiatif Karbon Rendah Shanghai turut diumumkan.
Pada hari sama, ekspo tersebut turut mencadangkan agar tarikh 11 Jun yang juga hari perasmian ekspo kali ini, ditetapkan sebagai Hari Karbon Rendah Dunia.
Ekspo tersebut akan menjadi platform bagi berkongsi pengalaman dan kepintaran dalam pembangunan karbon rendah, mendorong pertukaran dan kerjasama antarabangsa serta mewujudkan sasaran neutral karbon.