- Lain-lain
Festival Hidangan Lazat Xicheng 2023 Buka Tirai
Sebagai bandar raya antarabangsa dengan skala penggunaannya melebihi RMB 3 trilion, 2023 telah dijadikan tahun kunci dalam pembinaan bandar pusat penggunaan antarabangsa.
Sejajar dengan usaha itu, Beijing turut menganjurkan Festival Hidangan Lazat Xicheng 2023 yang membuka tirainya baru-baru ini.
Sebanyak lebih 30 acara bertema akan diadakan sempena festival kali ini yang dijadual berlangsung selama empat bulan setengah.
Difahamkan, makanan yang beraneka jenis dan lazat akan dihidangkan untuk dinikmati para pengunjung dalam usaha mempromosi budaya makanan dan minuman, selain mendorong kepada pembaikpulihan pasaran penggunaan makanan.
Upacara pembukaan festival edisi kali ini juga telah dimeriahkan dengan tarian dan nyanyian etnik Tibet,serta daging Yak yang disediakan kaunti Nangqian, Daerah Autonomi Tibet Yushu, provinsi Qinghai, barat laut China.
Terdahulu pada April 2017, daerah Xicheng Beijing dan kaunti Nangqian telah menandatangani perjanjian “usaha berganding bahu menuju ke masyarakat lumayan”. Sejak dari itu, kedua-dua pihak saling membantu dalam pendidikan, perubatan dan pertukaran modal insan.