- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Erdogan
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dilantik semula sebagai presiden Turkiye, pada Isnin.
Xi dalam ucapan tahniahnya menyatakan, sebagai dua negara membangun besar dan negara pasaran baharu muncul, China dan Turkiye mempunyai banyak kepentingan bersama.
Menurut beliau, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama strategik China-Turkiye mengekalkan trend pembangunan yang baik, manakala kerjasama pragmatik kedua-dua negara dalam pelbagai bidang mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
"Saya mementingkan hubungan dengan Turkiye, bersedia berusaha bersama Presiden Erdogan, saling memahami dan menyokong dalam kepentingan teras dan isu-isu yang menjadi keprihatinan masing-masing, agar menggalakkan hubungan perkongsian strategik China-Turkiye berkembang secara sihat dan mampan," ujar beliau.