- Lain-lain
Sastera Siber Ceritakan China kepada Dunia Luar
Laporan Pembangunan Sastera Siber China di Asia telah disiarkan pada majlis perasmian Mingguan Sastera Siber Antarabangsa China 2023 yang diadakan di Hangzhou pada 27 Mei.
Dimaklumkan, pasaran sastera siber China di seberang laut berskala lebih RMB3 bilion (RM1.95 bilion), antaranya Asia adalah rantau penyebaran paling luas, dengan skalanya mencatat RMB1.6 bilion (RM1.04 bilion).
Setakat ini, jumlah pelanggan Asia yang memesan karya saster siber China mencecah 100 juta orang yang kebanyakannya berusia kurang dari 35 tahun. Jumlah pembaca dari Asia Tenggara dan Asia Selatan, seperti Indonesia, Malaysia dan Filipina menduduki 80% ke atas. Dengan perkembangan selama dua dekad lebih, saster siber telah menjadi komponen penting dalam kesusasteraan kontemporari China.