- Lain-lain
Dorong Pelaksanaan Matlamat Kerangka Kunming-Montreal
Pelbagai lapisan masyarakat diseru berganding bahu dan bekerjasama dalam usaha mendorong pelaksanaan matlamat Kerangka Biodiversiti Kunming-Montreal dan keputusan Persidangan Pemeterai Ke-15 (COP15) Konvensyen Biodiversiti (CBD).
Demikian dinyatakan Pengerusi COP15 merangkap Menteri Ekologi & Persekitaran China, Huang Runqiu dalam aktiviti peringatan Hari Biodiversiti Antarabangsa 2023 yang jatuh pada Isnin.
Menurut beliau, sebagai negara pengerusi, China sudah menjayakan berlangsungnya COP15 pada dua tahap, mendorong pencapaian Kerangka Kunming-Montreal, di samping menetapkan matlamat, pendekatan dan menjana inisiatif impak sosial berkaitan tadbir urus biodiversiti global. Tema "dari perjanjian ke kerjasama – pemulihan biodiversiti" edisi tahun ini bertujuan untuk memperingati kerangka terbabit, menyuarakan harapan baik pelbagai pihak tentang melaksanakan persepakatan yang tercapai dan membuka lembaran baharu dalam tadbir urus biodiversiti global. Untuk itu, China akan terus memainkan peranan sebagai negara pengerusi bagi menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi hidupan bumi.
- Penghargaan Positif terhadap Peranan Pengerusi China dalam COP15 CBD
- Ucapan Xi Sempena COP15 Dapat Pujian
- Harap GBF Pasca 2020 Dimuktamad Secepat Mungkin
- Ganding Bahu Dorong Simbiosis Manusia dan Alam: Xi
- Fasa Kedua COP15 Capai Kemajuan Positif
- Xi Bakal Berucap pada Perasmian Segmen Peringkat Tinggi Fasa 2 COP15
- COP15 di Montreal Tumpukan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Hidupan di Bumi