99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Balas Kasih Ibu Yang Umpama Mentari

(CRI)Isnin 15 Mei 2023

Benang di tangan ibu,

Menjadi baju untuk anak yang merantau.

Jahitannya rapi lagi halus,

Takut meretas jika anak kelewatan.

Ketaatan anak sekecil rumput,

Masakan dapat membalas kasih ibu yang umpama mentari.

Puisi berjudul "Bisikan Hati Anak Perantau" dicipta Meng Jiao (751-814) tersebut dideklamasikan oleh Presiden China Xi Jinping dalam majlis sambutan Tahun Baharu China 2015, menzahirkan setinggi-tinggi penghormatan dan perasaan terima kasih kepada ibunya, Qi Xin.

Pada 1969, sebelum meninggalkan ibu bapa untuk belajar dan bekerja di Liangjiahe, provinsi Shaanxi, Xi Jinping yang berumur tak sampai 16 tahun ketika itu diberikan sebuah beg kecil berisi kit jahitan yang dibuat ibunya sendiri. Untuk menzahirkan rasa rindu, ibu menyulam pula tulisan "kasih ibu" pada beg tersebut.

Beg kecil itu telah menemani Xi Jinping selama tujuh tahun semasa beliau belajar dan bekerja di Shaanxi.

Selepas Xi menyandang jawatan kepimpinan, ibu beliau sering menulis surat untuk mengingatkannya supaya mendisiplinkan diri.

Pesanan dan didikan ibu telah memberi pengaruh besar kepada Xi Jinping untuk menjadi seorang pegawai yang berintegriti dan jujur.

Keluarga umpama bilik darjah pertama bagi seseorang insan, dan ibu bapa adalah guru pertama untuk anak.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) pada 2012, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping telah berulang kali menekankan peri pentingnya pembinaan dan pemupukan sikap disiplin dan tradisi yang baik di rumah.

Ketika bertemu dengan wakil keluarga bertamadun kebangsaan edisi pertama pada Disember 2016, Presiden Xi Jinping menegaskan perlunya untuk menyampaikan konsep moral indah kepada kanak-kanak sejak kecil lagi, membimbing mereka untuk mempunyai hati budi yang berintegriti dan jujur, membantu mereka membentuk hati nurani yang baik dan indah, hingga menjadi orang yang berguna untuk negara dan rakyat bila dewasa.

Semasa berucap pada majlis jamuan sempena sambutan Tahun Baharu China 2017, Xi Jinping menasihatkan bahawa jangan membiarkan jauhnya jarak dan kesibukan kehidupan seharian memotong dan melupakan rasa rindu anda terhadap ibu bapa.

Rasa kasih dan sayang ibu mempengaruhi tradisi dan disiplin di rumah. Nilai dicipta setiap keluarga pasti akan bergabung dan bersepadu menjadi kuasa yang menyumbang kepada usaha mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan