- Lain-lain
Xinjiang Pacu Pembangunan Berkualiti Industri Kapas
Xinjiang, kawasan pengeluaran kapas terbesar China, giat mengaplikasikan teknologi pertanian pintar dalam industri kapasnya.
Statistik terkini menunjukkan penyemaian benih kapas di seluruh wilayah itu hampir mencecah 90 peratus pada masa sekarang.
Kaunti Manasi di barat laut Xinjiang mempunyai ladang tanaman kapas seluas 43,333 hektar.
Di sana, kerja penyemaian dikendalikan secara tepat dan efisien dengan bantuan traktor kuasa tinggi yang dilengkapi sistem satelit navigasi Beidou serta kenderaan penyemai benih tanpa pemandu.
Berbanding cara menyemai konvensional, ia bukan sekadar menjimatkan benih dan meningkatkan kadar penggunaan tanah, malah juga memudahkan pengurusan ladang dan pemetikan kapas secara mekanisasi pada fasa selanjutnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, 'petani+koperasi' antara model operasi utama yang dilaksanakan di Xinjiang demi memantapkan pembangunan industri kapas.
Seiring dengan kemajuan dan pengaplikasian pelbagai teknologi, pengeluaran kapas di Xinjiang beransur-ansur beralih kepada kepintaran daripada mekanisasi.
Pemerkasaan sains dan teknologi turut memacu pembangunan berkualiti industri pengeluaran kapas tempatan.
Ahli Akademi Kejuruteraan China, Chen Xuegeng berkata sektor kapas di Xinjiang mencapai kemajuan besar berkat mekanisasi dan kepintaran.
"Tahap kepintaran sektor berkenaan akan terus dipertingkat menerusi integrasi agronomi dan jentera pertanian," ujar beliau.
- Xinjiang: Lebih 50 Peratus Pemindahan Anak Pokok Tomato Diselesaikan
- Hidup Lebih Mudah apabila Petani Guna Teknologi
- Pakar Pertanian Cadang CPPCC Beri Lebih Sumbangan Modenisasi
- China Gariskan Landskap Pembangunan Pertanian yang Holistik
- Salam Xi kepada kaum Tani, Pergiatkan Pembangunan Desa
- Sistem Beidou Bantu Tingkatkan Kecekapan Penyemaian di Xinjiang
- Penggunaan Dron Tingkatkan Kecekapan Penanaman di Xinjiang
- Produk Istimewa dari Xinjiang Tampil di CICPE
- Industri Penternakan Unta Rancak di Xinjiang
- Rali Taklamakan 2023 dijadual mula pada 20 Mei
- Projek Transmisi Pencawang Elektrik 750 Kilovolt Dibina di Xinjiang
- Warisan Muzik Uygur Bawa Kekayaan kepada Artis Rakyat
- Pendapatan Penduduk Terlepas Belenggu Kemiskinan Naik 12.1% di Xinjiang
- Pewaris Seni Mukam di Turpan, Xinjiang
- Xinjiang Buka Laluan Khas Hantar Benang Kapas ke Foshan