- Lain-lain
CMG, Badan Penyiar Utama Sukan Olimpik 2024 di Paris
Kumpulan Media China (CMG) telah menandatangani memorandum kerjasama dengan Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS) di Beijing, dan secara rasmi menjadi badan penyiar utama bagi Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris atas undangan. Kedua-dua pihak juga membentuk mekanisme kerjasama untuk jangka masa panajng bagi menggalakkan penyebaran semangat Olimpik.
Majlis penandatanganan terbabit disaksikan bersama oleh Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dan Presiden CMG, Shen Haixiong.
Shen menyatakan bahawa CMG adalah rakan yang boleh dipercayai bagi IOC. Pihaknya akan menugaskan satu pasukan penyiaran yang terdiri dari lebih 2,000 kakitangan, komited menyajikan siaran temasya sukan yang luar biasa kepada seluruh dunia berdasarkan kepakaran diri sendiri dan penggunaan teknologi "5G+4K/8K+AI", terutamanya dalam pembuatan signal awam antarabangsa dalam acara gimnastik, pingpong, badminton dan memanjat dinding batu.
Bach menyifatkan CMG sebagai salah satu rakan media penting bagi IOC. Pihaknya berharap agar penonton terutamanya yang dari golongan muda di seluruh dunia dapat menghayati pesona sukan melalui perkhidmatan audio dan visual yang tersedia. Sementara itu, nilai-nilai Olimpik seperti keunggulan, persahabatan dan penghormatan dapat merentasi sempadan negara dan mengakar dalam sanubari setiap insan.