99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Argentina Guna RMB untuk Bayar Produk Import dari China

(CRI)Khamis 27 April 2023

Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Massa mengumumkan Argentina akan menghentikan penggunaan dolar Amerika dalam membayar produk yang diimport dari China, dan ia akan digantikan dengan mata wang Renminbi (RMB).

Beliau menekankan bahawa perjanjian pertukaran mata wang antara Argentina dan China bukan sahaja kondusif bagi menambah rizab pertukaran asing negaranya, malah turut membantu mempertingkat perdagangan dua hala.

Massa berkata demikian dalam satu sidang media pada Selasa yang turut dihadiri Duta Besar China ke Argentina, Zou Xiaoli, Gabenor Bank Negara Argentina, Miguel ángel Pesce dan Ketua Pengarah Kastam Argentina serta usahawan kedua-dua negara.

Menurut beliau, selepas mencapai perjanjian dengan syarikat terbabit, Argentina akan menggunakan RMB membayar produk diimport dari China yang bernilai kira-kira USD1.04 bilion.

"Dengan penggunaan RMB dalam pembayaran, ia akan dapat mempercepat pengimportan produk dari China ke Argentina pada beberapa bulan akan datang."

"Dijangka bermula dari bulan Mei, sejumlah RMB yang digunakan Argentina dalam pembayaran produk China akan direkodkan bernilai USD790 juta hingga USD1 bilion," ujar Massa.

Duta Besar China ke Argentina, Zou Xiaoli pula menyatakan bahawa China mementingkan kerjasama dengan Argentina dalam bidang mata wang dan kewangan.

Tambah beliau, China juga bersedia bersama-sama dengan Argentina menggalakkan syarikat kedua-dua negara lebih banyak menggunakan mata wang negara sendiri dalam penjelasan bagi ekonomi, perdagangan dan pelaburan dua hala untuk mengurangkan kos dan risiko pertukaran mata wang.

Untuk rekod, Argentina sudah memperluas perjanjian pertukaran mata wang dengan China pada Januari lalu untuk meningkatkan rizab mata wang asing sebanyak RMB130 bilion, sekali gus mengaktifkan kuota yang boleh digunakan sebanyak RMB35 bilion.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan