- Lain-lain
Sesi Promosi CIIE ke-6 Diadakan di Singapura
Sesi promosi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi keenam berlangsung di Singapura pada Selasa.
Pihak penganjur memuji kehadiran perusahaan Singapura yang mengetengahkan perdagangan perkhidmatan, bahan makanan dan barangan pengguna di lima edisi CIIE lalu, mencuri perhatian ramai pengunjung.
Melalui wahana CIIE, banyak produk, teknologi dan perkhidmatan baharu dari negara itu berjaya memasuki pasaran China.
Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) membawa pempamer negara itu ke CIIE selama lima tahun berturut-turut dan menyaksikan pemeteraian siri kontrak berkenaan.
Tahun ini, SBF akan terus menggalakkan syarikat negara itu meneroka pasaran China menerusi CIIE.
Pengarah Eksekutif Bahagian Global 2 SBF, Annie Wang berkata perusahaan Singapura amat berminat untuk menyertai CIIE.
"Menurut tinjauan SBF, syarikat pempamer baik sektor makanan mahupun perkhidmatan dan barang pengguna mencatatkan hasil jualan yang amat memuaskan sempena CIIE," kata beliau lagi.
Difahamkan, sesi promosi itu dianjurkan bersama oleh Biro CIIE, Pusat Pameran dan Konvensyen Negara (Shanghai) dan SBF.
- Lebih 500 Syarikat Sah Sertai CIIE 2023
- Konglomerat Cip Yakin Potensi Perkembangan Pasaran China
- Dekati Produk Baharu Tampil Debut dalam CIIE ke-5
- CIIE Saksikan Semakin Banyak Debut Produk Terkini
- CIIE: Rwanda Rancak Promosi Biji Kopi
- China Ikrar Kongsi Peluang menerusi Keterbukaan
- Ucapan Xi Bakar Semangat Para Peserta CIIE
- Xi Sampai Ucaptama pada Majlis Perasmian CIIE Kelima
- Penempahan Ruang Pameran CIIE 2022 Selesai