- Lain-lain
Bahagian Utama Jambatan HK-Zhuhai-Macau Lulus Pemeriksaan
Bahagian utama Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau telah lulus pemeriksaan oleh Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara dan Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Makau Dewan Negara, pada Rabu.
Panel penilai berpendapat bahawa mutu pembinaan dan prestasi komprehensif jambatan itu baik bahkan cemerlang. Pembinaan jambatan itu sekali gus menyediakan pengalaman berharga kepada pembinaan projek mega rentas laut.
Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau banyak meningkat kecekapan perjalanan antara Hong Kong dengan kawasan barat Delta Sungai Mutiara.
Antaranya, perjalanan dari Zhuhai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong akan dipendekkan kepada 45 minit dari empat jam, manakala perjalanan Zhuhai ke pelabuhan kontena Kwai Chung Hong Kong akan dipendekkan kepada 75 minit dari 3.5 jam.
Jambatan itu amat signifikan bagi memacu pembangunan di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau, serta memperkasakan kerjasama antara Tanah Besar dengan Hong Kong dan Makau.