- Lain-lain
Canton Fair ke-133 Membuka Tirai
Ekspo Import dan Eksport China atau dikenali 'Canton Fair' ke-133 yang terdiri dari tiga fasa, membuka tirai pada pagi 15 April, dan akan berlangsung hingga 5 Mei.
Sepanjang berlangsungnya Canton Fair edisi tahun ini, semua balai termasuk yang sedia ada dan sebuah balai baharu yang seluas 100,000 meter persegi merangkumin keseluruhan pameran seluas 1,5 juta meter persegi berbanding 1.18 juta meter persegi sebelum ini, sedangkan jumlah gerai pameran pula bertambah dari 60,000 ke hampir 70,000 buah.
Menurut maklumat berkenaan, jumlah syarikat yang menyertai ekspo kali ini secara fizikal mencecah 34,000 buah termasuk lebih 9,000 buah yang membuat penampilan pertama, sedangkan terdapat 39,281 buah syarikat menyertai temasya itu secara dalam talian
Yang agak menonjol dalam ekspo kali ini adalah skop pameran produk import yang ditambah luas, terbukti dengan penglibatan sebanyak 508 buah syarikat dari 40 buah negara dan kawasan di 12 buah zon pameran profesional, 73% antaranya terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalan dan Laluan (BRI).