- Lain-lain
Corak Bentuk Demokrasi China Teladan Baharu untuk Dunia
Forum antarabangsa mengenai "Demokrasi: Nilai Bersama Umat Manusia" kedua telah berakhir di Beijing pada Khamis.
Forum yang diadakan secara hibrid itu menghimpunkan kira-kira 300 bekas pegawai kanan, wakil pertubuhan antarabangsa, pakar dan sarjana dari lebih 100 negara dan kawasan untuk mengadakan perbincangan mengenai topik-topik yang melibatkan "demokrasi dengan tadbir urus global", "demokrasi dengan kepelbagaian peradaban" dan "demokrasi dengan laluan ke arah modenisasi".
Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Strategi Asia Baharu Malaysia, Xu Qingqi menyifatkan demokrasi rakyat sepanjang proses yang bercirikan China sebagai sumbangan negara ini kepada peradaban manusia dalam bidang politik.
Manakala Presiden Parti Sosialis Zambia, Fred Mmembe dalam ucapannya berkata corak bentuk demokrasi China menjadi teladan baharu untuk dunia.
Beliau menyifatkan China sebagai negara yang tidak pernah mengamalkan kolonialisme, merompak atau menundukkan mana-mana negara di dunia sepanjang pembangunan domestiknya, dan hanya menunjukkan rasa hormat sebanyak mungkin terhadap negara lain," katanya.
Bekas Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama dalam forum itu berkata, negara-negara Barat bertalu-talu mencetuskan pertentangan antara nilai-nilai yang berbeza, menguar-uarkan ujaran "demokrasi berbanding kewibawaan" dan "kebebasan berbanding autokrasi".
"Apabila nilai-nilai seperti 'demokrasi' dan 'hak asasi manusia' diperkenalkan secara melampau ke dalam diplomasi suatu negara, ia pasti akan mengakibatkan diskriminasi dan menyingkirkan negara-negara lain yang mempunyai tata nilai yang berbeza."
"Tindakan seumpama ini kondusif bagi terbentuknya suatu blok di dunia malah boleh menjadikan kemakmuran dunia terjejas," katanya.
Bekas Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva berkata, multilateralisme perlu diamalkan untuk memajukan demokrasi di dunia.
"Pertubuhan antarabangsa perlu memainkan peranan konstruktif dalam menetapkan standard dan cita-cita demokrasi yang berorientasikan perundingan pelbagai hala bagi mengelakkan demokrasi dari diperalatkan untuk membentuk konfrontasi blok. Inilah satu pendekatan yang efisien untuk mendorong pendemokrasian dunia," katanya.