- Lain-lain
Forum Antarabangsa Sasarkan Pembangunan Desa
Forum Antarabangsa mengenai Tadbir Urus Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Global kedua diadakan di daerah autonomi Nujiang yang berpenduduk etnik Lisu, provinsi Yunnan China pada Ahad.
Forum itu menghimpunkan lebih 190 diplomat asing yang bertugas di China, pegawai kerajaan, pakar dan sarjana dari 20 buah negara dan empat pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai topik “Merangka bersama cetak biru baharu pembangunan desa, berkongsi peluang baharu dalam pembangunan global”, dan bertukar-tukar pengalaman dalam tadbir urus pembasmian kemiskinan dan pembangunan desa untuk menyumbang idea dan tenaga dalam senario global yang berorientasikan modenisasi dan pembangunan mampan.