- Lain-lain
Qin Gang Bincang dengan Menteri Luar Ukraine
Menteri Luar China, Qin Gang pada Rabu mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Dmytro Kuleba menerusi panggilan telefon.
Dalam ucapannya, Qin memberitahu bahawa hubungan kedua-dua negara mengekalkan trend perkembangan baik sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 31 tahun lalu.
“China menyanjung tinggi terhadap Ukraine yang berusaha mengembangkan hubungan ikhlas dengan China atas dasar saling menghormati."
“China bersedia bersama-sama Ukraine untuk mendorong hubungan kedua-dua negara terus berkembang secara stabil,” ujar beliau.
Qin juga berkata bahawa kerjasama China-Ukraine mempunyai asas yang baik dan potensi besar, sekali gus menyaksikan proses memacu modenisasi ala China mampu memberi peluang kerjasama lebih luas kepada kedua-dua pihak.
Sementara itu, Kuleba pula berkata bahawa China bukan sahaja merupakan rakan kerjasama penting bagi Ukraine, malah turut disifatkan sebagai negara kunci yang tidak boleh diabaikan dalam hal ehwal antarabangsa.
Beliau turut mengucapkan tahniah terhadap China yang berjaya mendorong Arab Saudi dan Iran menyambung semula hubungan diplomatik.
“Kami (Ukraine) melihat hubungan dengan China dari segi jangka masa panjang, akan terus mematuhi prinsip Satu China, menghormati keutuhan wilayah China dan berharap terus meningkatkan hubungan saling mempercayai untuk mengintensifkan kerjasama pelbagai bidang,” kata Kuleba.
Beliau turut mengemas kini situasi semasa dan perkembangan krisis Ukraine, di samping menzahirkan penghargaan terhadap China atas bantuan kemanusiaan dihulurkan China.
Menurut Kuleba, dokumen China mengenai pendiriannya bagi merealisasikan krisis Ukraine melalui langkah politik telah memperlihatkan keikhlasannya untuk menghentikan peperangan dan pihaknya berharap agar dapat terus mengekalkan interaksi dengan China.
Dalam pada itu, Qin turut mengulangi tentang ‘empat perkara penting’ yang dikemukakan Presiden Xi Jinping iaitu menegaskan pendirian yang objektif dan adil dipegang China dalam isu Ukraine, berusaha menyeru rundingan damai dan masyarakat antarabangsa mewujudkan syarat wajib bagi rundingan damai.
Beliau berkata, China berharap pelbagai pihak mengawal diri dan memulihkan rundingan damai secepat mungkin untuk mendorong krisis ditangani melalui langkah politik.
“Kami juga berharap Ukraine dan Rusia untuk tidak menutup pintu penyelesaian politik waima apa juga kesukaran dan cabaran yang dihadapi."
“China akan terus memainkan peranan yang membina dalam menghentikan peperangan, meredakan krisis dan memulihkan keamanan,” kata Qin.
- China Bantu Ukraine Jamin Keselamatan Fasiliti Nuklear
- Rakyat Austria Bantah Penghantaran Senjata NATO ke Ukraine
- Ribuan Rakyat Itali Desak NATO Hentikan Bekalan Senjata ke Ukraine
- Guterres Gesa Selesai Isu Ukraine Menerusi Saluran Diplomatik
- Krisis Ukraine Beri Banyak Pengajaran
- Penduduk Jerman Protes Bekalan Senjata ke Ukraine
- Krisis Ukraine: China Sedia Terus Main Peranan Konstruktif
- China Kemuka Pendirian Isu Ukraine secara Politik
- Barat Bertanggungjawab Penuh Krisis Ukraine: Putin
- AS, Pembekal Senjata ke Medan Perang
- Diplomat Kanan China, Ukraine Temu di Munich