- Lain-lain
China, AS Boleh dan Perlu Bekerjasama: PM Li
China dan Amerika Syarikat (AS) boleh dan perlu bekerjasama, kata Perdana Menteri baharu Li Qiang.
Li berkata banyak perkara dapat dijayakan menerusi kolaborasi kedua-dua negara, dan tindakan membendung atau menindas takkan membawa manfaat kepada sesiapa pun.
Menurut statistik, jumlah dagangan China-AS mencecah hampir AS$760 bilion (RM3.4 trilion) pada tahun lepas, mencipta rekod tertinggi dalam sejarah.
"Ia mencerminkan kedua-dua negara dapat memperoleh manfaat daripada pembangunan satu sama lain," ujar beliau dalam sidang media selepas berakhirnya sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, di Beijing hari ini.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-45 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China.
Li berkata China akan terus memantapkan pelaksanaan dasar tersebut, tak kira apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi luaran.
Menurut beliau, majoriti perusahaan asing tetap optimistik terhadap prospek pembangunan di China.
Untuk rekod, jumlah penggunaan sebenar modal asing di China melebihi AS$189 bilion (RM847 bilion) pada tahun lepas, yang turut mencipta rekod baharu.
- Perkukuh Strategi dan Keupayaan Strategik Negara Bersepadu: Xi
- Sesi Pleno ke-4 Sidang Pertama NPC ke-14 pada Sabtu
- Sesi Pleno ke-3 Sidang Pertama NPC ke-14 Dirasmikan Jumaat
- Xi Jinping Hadir Sesi Pleno ke-2 Sidang Pertama NPC ke-14
- China Komited Sumbang Idea, Rungkai Cabaran Bersama
- Xi Zahir Ucapan Tahniah dan Mogaan Baik kepada Golongan Wanita
- China dan AS perlu Bina Hubungan Saling Untung
- Xi Ikuti Perbincangan Wakil NPC dari Jiangsu
- PM Li: Pasaran Besar China yang Terbuka Pasti akan Tawarkan Lebih Banyak Peluang kepada Syarikat Asing
- Li: Menentang Kuasa 'Kemerdekaan Taiwan', Dorong Penyatuan Semula Tanah Air
- China Komited Terus Menyumbang Kepada Kedamaian Dunia