- Lain-lain
China Komited Pacu Pembangunan Bersama China dan Dunia
Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, badan perundangan kebangsaan tertinggi China melabuhkan tirainya di sini, pagi tadi.
Ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut, Presiden China, Xi Jinping merangkap Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) komited menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh Perlembagaan untuk melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat semua anggota NPC dan rakyat China dari semua etnik.
Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China menegaskan China akan teguh menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, menyelaraskan pembangunan dan keselamatan bagi membina China sebagai sebuah negara yang kuat dan mewujudkan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa.
“China juga akan terus mengamalkan dasar ‘Satu Negara Dua Sistem’ dan mewujudkan penyatuan tanah air serta mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Xi.
Beliau juga menegaskan tentang peri penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi ke arah peningkatan kualiti yang berkesan dan kuantiti yang rasional.
“China akan terus meningkatkan keupayaan dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta kekuatan negara secara komprehensif."
“Semua rakyat perlu berperanan dalam memanfaatkan hasil pembangunan modenisasi secara lebih banyak dan adil, dan mencapai kemajuan yang lebih ketara dan substantif dalam mewujudkan kemakmuran bersama,” kata Xi.
Beliau dalam ucapannya juga menambah bahawa pembangunan China juga akan kondusif bagi pembangunan negara lain.
“China akan mengekalkan keterbukaan berkualiti tinggi, memanfaatkan pasaran dan sumber global untuk pembangunan bersama China dan dunia."
“China menjunjung tinggi kedamaian, pembangunan, kerjasama dan sama menang, serta komited mengamalkan multilateralisme jitu dan menyemarakkan tata nilai bersama umat manusia."
“China juga akan terlibat dalam pembaharuan dan pembinaan sistem tadbir urus global, menggalakkan perkembangan ekonomi global ke arah yang terbuka, di samping mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global,” kata Xi.
- Perkukuh Strategi dan Keupayaan Strategik Negara Bersepadu: Xi
- Sesi Pleno ke-4 Sidang Pertama NPC ke-14 pada Sabtu
- Sesi Pleno ke-3 Sidang Pertama NPC ke-14 Dirasmikan Jumaat
- Xi Jinping Hadir Sesi Pleno ke-2 Sidang Pertama NPC ke-14
- China Komited Sumbang Idea, Rungkai Cabaran Bersama
- Xi Zahir Ucapan Tahniah dan Mogaan Baik kepada Golongan Wanita
- Xi Ikuti Perbincangan Wakil NPC dari Jiangsu
- PM Li: Pasaran Besar China yang Terbuka Pasti akan Tawarkan Lebih Banyak Peluang kepada Syarikat Asing
- Li: Menentang Kuasa 'Kemerdekaan Taiwan', Dorong Penyatuan Semula Tanah Air
- China Komited Terus Menyumbang Kepada Kedamaian Dunia