99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Perlunya Usaha Bersepadu Capai Sasaran Pertumbuhan 5 Peratus: PM Li

(CRI)Isnin 13 Mac 2023
Perlunya Usaha Bersepadu Capai Sasaran Pertumbuhan 5 Peratus: PM Li

China menyasarkan pertumbuhan ekonomi sekitar lima peratus pada tahun ini, dengan usaha lebih bersepadu dilaksana untuk menjayakan matlamat itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri baharu Li Qiang ketika sidang media selepas berakhirnya sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, di Beijing hari ini.

Li berkata sasaran itu dikenal pasti dengan mengambil kira banyak faktor.

"Agregat ekonomi China sudah mencecah 120 trilion yuan (RM78.24 trilion). Ini merupakan asas yang sangat tinggi.

"Selain itu, juga ada banyak cabaran baharu pada tahun ini. Bukan mudah untuk mencapai lima peratus, jadi kami perlu bekerja lebih keras," kata beliau.

PM itu turut mengetengahkan beberapa pendekatan bersepadu bagi memastikan matlamat berkenaan dapat dicapai, antaranya membabitkan dasar makro, peluasan permintaan, pembaharuan dan inovasi, serta pencegahan dan penghapusan risiko.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan