- Lain-lain
Duta China: China, Brunei Berdepan Peluang Pembangunan Baharu
Hubungan dua hala antara China dan Brunei sedang berada di titik permulaan baharu dalam sejarah dan berdepan peluang perkembangan baharu, kata duta besar baharu China ke Brunei, Xiao Jianguo pada Ahad lalu, sempena genapnya lima tahun ikatan Perkongsian Kerjasama Strategik kedua-dua negara.
(foto: Kedutaan Besar China di Brunei)
Dalam ucapannya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Xiao berkata bahawa China dan Brunei telah mengekalkan pertukaran mesra selama ribuan tahun
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara terus mendalamkan rasa saling percaya dalam bidang politik, meluaskan kerjasama pragmatik, mengeratkan pertukaran budaya dan rakyat, serta membentuk komunikasi berkesan mengenai hal ehwal antarabangsa dan serantau, kata Xiao.
"Saya yakin, di bawah bimbingan ketua-ketua negara kita dan dengan usaha bersama, hubungan dua hala China-Brunei pasti akan berdepan prospek pembangunan lebih luas," ujar duta besar itu.
Sebagai duta besar China ke Brunei ke-12, Xiao berjanji akan mengabdikan seluruh masanya untuk memperkasakan hubungan Perkongsian Kerjasama Strategik yang telah dijalin dan mendorong kerjasama pragmatik dalam semua bidang.