- Lain-lain
Xi: Pacu Pembangunan Berkualiti Sektor Swasta
Presiden China, Xi Jinping pada Isnin menekankan perlunya bimbingan betul dilakukan untuk memacu pembangunan sektor swasta secara sihat dan berkualiti tinggi.
Beliau berkata sektor swasta merupakan tenaga penting dalam usaha ke arah merealisasikan Matlamat Dua Seratus Tahun serta impian kebangkitan nusa dan bangsa.
"Usaha perlu diperkasa untuk mengoptimumkan persekitaran pembangunan syarikat swasta, menghapuskan faktor keinstitusian yang menghalang syarikat berkenaan daripada menyertai persaingan pasaran secara adil, dan melindungi hak harta syarikat serta hak dan kepentingan usahawan," katanya.
Pada petang Isnin, Xi mengunjungi anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari Persatuan Pembinaan Demokratik Kebangsaan China dan Persekutuan Perindustrian dan Perniagaan Seluruh China yang menghadiri sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC.
Mengambil peluang itu, Xi mendengar pandangan dan cadangan yang disampaikan mereka dan memberi galakan supaya sektor swasta terus berkembang maju.
"Lebih banyak sokongan perlu diberikan untuk memajukan ekonomi swasta sekali gus meningkatkan jangkaan dan keyakinan pasaran," ujar beliau.
Xi turut menuntut agar langkah lebih berkesan diambil untuk menyokong pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta individu bekerja sendiri, selain menyokong syarikat terbabit berperanan lebih besar dalam penawaran peluang pekerjaan, penjanaan perbelanjaan dan persaingan antarabangsa.
Tambah beliau, syarikat swasta perlu mengamalkan konsep pembangunan baharu dengan meningkatkan inovasi kendiri dan memainkan peranan lebih besar dalam mempertingkat kemandirian serta swadaya sains dan teknologi.
- CPPCC Terima 29,323 Usul dalam Lima Tahun Lalu
- Pengeluaran dan Penjualan BEV China No.1 Lapan Tahun Berturut-turut
- Sesi Pertama CPPCC Dirasmikan
- 'Saluran Wakil, Anggota dan Menteri' untuk Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2023
- Sidang Akhbar untuk Sesi Pertama CPPCC Ke-14
- Tinjauan: Pendidikan, Kebajikan, Antirasuah Tumpuan Netizen Menjelang Sidang NPC, CPPCC
- China Tegas Pertahankan Pembangunan Damai: Wang Yi
- Bill Gates: Kebangkitan China Kemenangan Besar Dunia
- Tarikh Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2023 Ditetapkan
- Rakyat China Jiwai Konsep ‘Xiaokang’
- Kebangkitan China bukan Alasan Pulaukan China: Scholz
- Pembangunan China Bukan Ancaman atau Cabaran