- Lain-lain
Isu Toksik Tumpah di AS: Politik yang Toksik
Kartun oleh Ma Hongliang. (Foto diperoleh untuk People.cn. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.) |
Sebuah kereta api yang membawa barang-barang berbahaya tergelincir dari landasan ketika melalui pekan East Palestine di Ohio, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Insiden itu telah mengakibatkan kerosakan teruk kepada alam apabila udara, air dan tanah di sekitar pekan tersebut tercemar susulan tumpahan bahan kimia toksik.
Jabatan Sumber Asli Ohio memaklumkan bahawa tumpahan kimia itu setakat 23 Februari telah membunuh kira-kira 44,000 haiwan akuatik. Dianggarkan bahawa 38,222 ikan kecil air tawar dan 5,500 ikan lain, amfibia, udang krai serta invertebrat besar terbunuh dalam radius lapan kilometer dari lokasi kejadian. Ada penduduk berkata mereka mengalami batuk dan ruam akibat insiden itu.
Meskipun berdepan masalah yang mendesak ketika ini, Parti Demokrat dan Republikan sekali lagi menuding jari antara satu sama lain. Presiden Joe Biden ditegur Republikan kerana tidak melawat tempat kejadian, sebaliknya membuat lawatan ke Ukraine bahkan menambahkan bantuan ketenteraan. Trump pula mendakwa bahawa kerajaan Biden menunjukkan sikap acuh tak acuh dan berbuat khianat. Setiausaha Pengangkutan yang juga anggota Parti Demokrat, Pete Buttigieg menyalahkan Trump kerana melonggarkan pengawasan keselamatan terhadap sistem pengangkutan rel dalam tempoh pentadbiran kerajaannya dahulu.
“Setiap kali bencana melanda negara yang pecah belah ini, pasti disusul dengan politik yang toksik,” demikian ulas CNN.