- Lain-lain
Jumlah Buruh Kanak-kanak Melambung di AS
Terdapat satu tinjauan anjuran akhbar New York Times baru-baru ini yang menunjukkan bahawa jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) kanak-kanak yang memasuki Amerika Syarikat (AS) tanpa jagaan ibu bapa mencecah satu paras yang baharu dalam sejarah negara itu dan golongan tersebut biasanya terpaksa mengambil suatu kerja, gejala yang jelaslah bertentangan dengan undang-undang buruh kanak-kanak.
Memetik laporan New York Times pada Sabtu itu, buruh kanak-kanak didapati di setiap negeri AS melibatkan semua sektor industri termasuk bidang pembersihan yang berisiko tinggi di rumah sembelih dan pembuatan alat ganti automobil.
Dilaporkan lagi, sejak tahun 2021, jumlah buruh kanak-kanak melambung di AS, manakala jumlah PATI yang belum dewasa dan tanpa jagaan ibu bapa meningkat kepada 130,000 yang merupakan tiga kali ganda berbanding dengan lima tahun lalu, dan dijangka terus naik pada musim panas tahun ini.
Laporan New York Times itu berbunyi lagi, sistem perlindungan kanak-kanak terbukti sudah lumpuh di AS.
- Lagi Kereta Api Tergelincir di AS
- Pegawai Ohio Akui Bahan Cemar Beracun Masuk Sungai
- Kebanyakan Rakyat AS Tidak Puas Hati dengan Dasar Kerajaan
- Tentera AS Sengaja Sembunyikan Fakta Salah Bunuh Penduduk Afghanistan
- Kevin McCarthy Dipilih Speaker Dewan Perwakilan AS
- AS akan Terus Usir Pelarian dari Cuba, Nicaragua, Haiti
- Kebanyakan Pengundi Pesimistik terhadap Prospek Ekonomi AS
- Senat AS Lulus Akta Kebenaran Pertahanan Nasional 2023