- Lain-lain
Misi yang Berjaya Diselesaikan Kru Shenzhou-15 di Ruang Angkasa
Kru kapal angkasa lepas pembawa angkasawan Shenzhou-15 China telah berada di stesen angkasa selama tiga bulan, dengan jumlah misi selesai adalah separuh daripada yang telah dijadualkan.
Misi penerbangan Shenzhou-15 merupakan misi akhir bagi fasa pembinaan stesen angkasa China serta misi pertama bagi pengaplikasian dan pembangunan stesen itu.
Kru dari kapal Shenzhou-14 dan ke-15 menyempurnakan penyerahan misi di stesen angkasa dan ia sekali gus mencipta rekod untuk sejarah penerbangan ruang angkasa China.
Setelah memasuki stesen angkasa, kru Shenzhou-15 menjalankan pemeliharaan dan penjagaan persekitaran secara berterusan.
Ketiga-tiga angkasawan itu turut melakukan pemasangan dan pengubahsuaian peralatan eksperimen di stesen.
Angkasawan juga berjaya menyelesaikan eksperimen sains, riadah dan pemeriksaan fizikal dalam orbit di stesen.
Selain misi-misi tersebut, kru Shenzhou-15 telah menjalankan sekali aktiviti luar kenderaan (EVA).
- Kru Kapal Angkasa Shenzhou-15 Jayakan EVA Pertama
- Kru Angkasawan Shenzhou-15 Bakal Lakukan EVA Pertama
- Lengan Mekanik Bantu EVA Shenzhou-15
- China Berjaya Lancarkan Kapal Angkasa Shenzhou-15 Sasarkan Penggantian Kru Dalam Orbit
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dilancarkan Pukul 11.08 Malam Esok
- Persiapan Pelancaran Kapal Angkasa Shenzhou-15 Selesai
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dipindah ke Tapak Pelancaran