- Lain-lain
Pakar PBB Persoalkan Kesahihan Sekatan Sepihak AS Terhdap Iran
Pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpendapat sekatan sepihak Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran adalah melanggar undang-undang antarabangsa, di samping mempersoalkan kesahihan tindakan negara itu yang melaksanakan kuasa luar wilayah.
Demikian diumumkan oleh pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB dalam kenyataan menerusi portal rasminya pada Selasa.
Menurut kenyataan tersebut, terdapat juga masalah seperti pelaksanaan melampau, kekebalan mengenai kemanusiaan yang tidak jelas membabitkan sekatan AS. Disebabkan sekatan itu, pelbagai syarikat farmaseutikal tidak dapat menjual ubat-ubatan atau bahan perubatan untuk rawatan penyakit yang jarang ditemui kepada Iran, malah mengakibatkan kehilangan nyawa. Ia telah mencabuli hak kesihatan rakyat Iran.