- Lain-lain
Palang Merah China Salurkan Bantuan Kemanusiaan Cemas kepada Turkiye dan Syria
(CRI)Selasa 07 Februari 2023
Palang Merah China memutuskan untuk menghulurkan bantuan wang tunai sebanyak USD200,000 secara berasingan kepada Bulan Sabit Merah Turkiye dan Syria bagi menyokong kedua-dua negara itu dalam tindakan menyelamat setelah berlakunya bencana gempa bumi.
Gempa bumi yang dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria semalam mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kerugian harta benda dalam bilangan besar. Presiden Palang Merah China, Chen Zhu sudah mengutus kawat takziah secara berasingan kepada Bulan Sabit Merah kedua-dua negara Turkiye dan Syria untuk menyampaikan rasa simpati dan menyatakan akan terus menumpukan perhatian terhapap situasi semasa dan membekalkan bantuan kemanusiaan lagi menurut keperluan yang dilaporkan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang