99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Mahu Dorong Keamanan, Pembangunan Dunia Bersama LAC

(CRI)Sabtu 28 Januari 2023
China Mahu Dorong Keamanan, Pembangunan Dunia Bersama LAC

China bersedia berganding bahu dengan negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (LAC) untuk mendorong keamanan dan pembangunan dunia, sekali gus membina komuniti berkongsi nasib sesama insan bagi mewujudkan masa depan yang lebih cerah.

Demikian kata Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan tahniah melalui pautan video pada Sidang Kemuncak Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) ketujuh yang dirasmikan di Buenos Aires, ibu negara Argentina, pada Selasa.

Beliau menyifatkan negara-negara LAC sebagai sebahagian penting dalam dunia negara membangun dan menyatakan negara-negara terbabit turut terlibat secara aktif dalam tadbir urus global selain menyumbang kepada usaha itu.

“CELAC telah berkembang menjadi penggerak yang sangat diperlukan dalam kerjasama Selatan-Selatan dan memainkan peranan penting dalam melindungi keamanan serantau, menggalakkan pembangunan bersama dan memajukan integrasi serantau,” kata Xi.

Tegas beliau, China berpendirian konsisten dalam menyokong proses integrasi di rantau Amerika Latin dan Caribbean.

"Kami (China) sangat mementingkan hubungan dengan CELAC, dan beranggapan CELAC sebagai rakan kongsi penting dalam usaha meningkatkan perpaduan di kalangan negara-negara membangun dan memperkasa kerjasama Selatan-Selatan."

“Itu adalah faktor kerjasama China dengan negara-negara LAC untuk memperkasakan pembinaan Forum China-CELAC dan membawa hubungan China-LAC ke era baharu yang bercirikan sama rata, saling menguntungkan, inovatif, terbuka dan demi manfaat rakyat," ujar Xi.

Tambahnya, semakin banyak negara di rantau itu bekerjasama dengan China dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi, menyokong dan mengambil bahagian dalam Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI), serta bekerjasama dengan China dalam membina komuniti berkongsi nasib China-LAC.

Xi turut menyatakan bahawa dunia kini sedang berada pada fasa pergolakan dan transformasi baharu.

"Kita hanya boleh mengatasi cabaran dan bersama mengharungi detik sukar ini melalui perpaduan dan kerjasama yang lebih erat," jelas beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan