- Lain-lain
NCPP Bantu Wujudkan Kesejahteraan Rakyat Sri Lanka
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama pragmatik antara China dengan negara-negara membangun dalam bidang pembinaan infrastruktur, sumber tenaga, pengairan dan tenaga elektrik semakin diperkasakan dan membantu mewujudkan kesejahteraan rakyat tempatan.
Banyak projek kerjasama tersebut menjadi ‘mercu tanda’ bahkan diletakkan pada wang kertas negara-negara terbabit.
Loji Janakuasa Arang Batu Norochcholai (NCPP) yang terletak di Daerah Puttalam, bahagian tengah utara Sri Lanka merupakan pangkalan janakuasa elektrik terbesar dan satu-satunya loji janakuasa arang batu di negara itu pada masa ini.
Projek penting ini bukan sahaja dibina dengan menggunakan wang pinjaman, teknologi dan peralatan China, malah dibina oleh pekerja China.
Projek NCPP kini sebagai bangunan mercu tanda Sri Lanka turut diletakkan pada wang kertas 100 rupee sebagai merekodkan hasil pembangunan negara itu. Ia sekali gus menjadi kebanggaan pekerja China.
Sejak NCPP beroperasi secara menyeluruh, kapasiti penjanaan loji itu menyumbang kira-kira 40% kepada penggunaan tenaga elektrik di seluruh negara Sri Lanka setiap hari, malah 60% pada musim kemarau.