- Lain-lain
Xinjiang Kumpul Saran Berhubung Sara Hidup Rakyat
Dari 14 hingga 30 Januari 2023, Jawatankuasa Parti Komunis China di Xinjiang dan kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang akan mengumpul isu-isu dan saranan paling mendesak berhubung sara hidup rakyat dari semua lapisan masyarakat tempatan melalui “Papan Tinggal Mesej untuk Pemimpin” oleh People’s Daily Online.
Ini meliputi aspek pekerjaan, pendidikan, perubatan, budaya dan sukan, bantuan sosial, jagaan warga emas, jaminan perumahan, perlindungan alam sekitar, pengangkutan, keselamatan sosial, bantuan guaman, keselamatan makanan dan ubat-ubatan. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan isu-isu menonjol yang menjadi perhatian penduduk, agar meningkatkan taraf hidup mereka.
Sejak sekian lama, Xinjiang telah memperuntukkan lebih 70 peratus hasil fiskalnya dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan sara hidup rakyat, serta berusaha sedaya upaya untuk menjamin dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.