99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tiada Mutasi Baharu Ditemui dalam Strain Dominan di China

(CRI)Jumaat 06 Januari 2023

Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, China sentiasa berkongsi maklumat dan data relevan dengan masyarakat antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS) secara terbuka, telus dan bertanggungjawab.?

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Mao Ning dalam sidang media pada Khamis, sebagai membalas ‘kebimbangan’ dilahirkan pemimpin AS terhadap respons COVID-19 yang dilaksanakan China buat masa ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), data genom virus disediakan Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China menunjukkan bahawa strain yang dominan di China sekarang adalah konsisten dengan urutan genom daripada pelancong China dijangkiti COVID-19 yang diserahkan negara lain. Tiada varian baharu atau mutasi ketara ditemui.

Mao berkata China akan terus memantau kemungkinan mutasi virus dengan teliti, menyiarkan maklumat berkenaan tepat pada masanya, dan bersinergi dengan masyarakat antarabangsa untuk menangani cabaran pandemik.

Jurucakap itu turut menyeru supaya semua pihak mengambil langkah pencegahan dan kawalan berasaskan sains tanpa menyasarkan mana-mana negara tertentu, serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan dan amalan yang mempolitikkan wabak.

"Sinergi perlu dibentuk untuk menjamin pergerakan rentas sempadan yang normal dan menewaskan pandemik COVID-19 seawal mungkin,” ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan