- Lain-lain
Xi Terima Pelaporan Kerja Ketua Eksekutif Macao
Presiden China, Xi Jinping telah mendengar laporan kerja berkaitan situasi semasa dan pencapaian kerajaan daerah yang dibentangkan oleh Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macao, Ho Iat Seng di Beijing pada Jumaat.
Xi memberi pengiktirafan yang tinggi kepada Ketua Ekskutif dan kerajaan Macao di bawah pimpinannya yang bertindak mantap dalam melaksanakan pentadbiran, menstabilkan masyarakat, menginsafi dan menyemarakkan semangat Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China, mendorong pemindaan terhadap Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Macao, menangani pemindaan terhadap undang-undang loteri dan pembidaan mengenai lesen kasino pusingan baharu, dan memperincikan pembangunan Zon Hengqin yang berpaksikan kerjasama Guangdong-Macao dalam tempoh setahun yang lalu.
Tambah beliau, kerajaan pusat yang tidak berganjak daripada pelaksanaan panduan “Satu Negara Dua Sistem”, akan terus memberikan sokongan yang konsisten kepada Macao dalam mengoptimumkan kelebihan milik sendiri, dan memperjuangkan pencapaian baharu supaya dapat menyumbang lebih banyak kepada pembangunan tanah air ke arah negara sosialis yang moden.