- Lain-lain
Beijing Selar AS Senarai Hitam 36 Entiti China
Beijing akan mengambil langkah yang wajar untuk melindungi hak dan kepentingan sah perusahaan dan institusi, kata Kementerian Perdagangan China (MOFCOM).
Pada 15 Disember, Biro Industri dan Keselamatan (BIS) Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) memasukkan lagi 36 entiti China ke dalam Senarai Entiti halangan dagangan, selepas mengalih keluar 25 entiti negara Tembok Besar itu daripada Senarai Tidak Disahkan.
Untuk itu, MOFCOM membidas amalan AS seumpama mengganggu aktiviti ekonomi dan perdagangan serta program kerjasama sesama perusahaan dua negara, selain melanggar peraturan pasaran dan dagangan sejagat.
Tindakan negara itu menjejaskan kestabilan rantai perindustrian dan rantai bekalan global, serta merosakkan kepentingan pembangunan damai global.
China menggesa AS supaya memberhentikan serta-merta tindakan berkenaan, dan kembali ke jalan betul dalam mempertahankan peraturan sistem dagangan pelbagai hala berpusatkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).