- Lain-lain
Lawatan Xi Berhasil dan Signifikan: Wang Yi
Presiden China, Xi Jinping mengakhiri lawatannya ke Arab Saudi dan pulang ke China pada Sabtu. Dalam rangka lawatan empat hari itu, beliau telah menghadiri Sidang Kemuncak China-Arab pertama dan Sidang Kemuncak China-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pertama, serta mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi. Lawatan ini amat berhasil dan signifikan.
Menurut Menteri Luar China, Wang Yi, Presiden Xi mengadakan rundingan dengan 20 orang pemimpin negara Arab dalam lawatannya kali ini. Ini lawatan berskop paling besar dan berperingkat paling tinggi di negara Arab selepas Republik Rakyat China ditubuhkan, dan juga pencapaian diplomasi China selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC).
Wang Yi menyatakan, lawatan Presiden Xi kali ini telah mencerminkan pilihan strategik China dan Arab untuk memperkukuh perpaduan dan koordinasi demi menangani cabaran global, sekali gus membuka bab baharu hubungan China-Arab. Lawatan beliau kali ini pasti akan memberikan pengaruh besar kepada situasi serantau dan pola antarabangsa.
- China, Arab Kongsi Visi Pembangunan
- Kerjasama BRI China-Arab Terus Berputik
- Dorong Hubungan China-Arab Saudi Capai Kemajuan Baharu: Xi
- Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif China, Arab Saudi: Xi
- Xi Dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Universiti Raja Saud
- Bina Hubungan China-Kuwait yang Lebih Cerah: Xi
- Kerjasama China-Arab Lakar Kecemerlangan
- China akan Terus Sokong Peralihan Politik Sudan: Xi
- Xi Bertemu dengan Raja Arab Saudi
- Kerjasama China, Negara Asia Barat Makin Mantap