- Lain-lain
China Pentingkan Perlindungan Biodiversiti
China amat mementingkan perlindungan biodiversiti. Sejak menyandang pengerusi Persidangan Pihak-pihak ke-15 (COP15) Konvensyen Biodiversiti Bangsa-Bangsa Bersatu (CBD), negara ini dengan giat memperkasakan proses COP15 dengan keinginan politik yang kuat dan tindakan yang pragmatik, sehingga menyumbang besar kepada perlindungan biodiversiti global.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning dalam sidang akhbar ketika ditanya sasaran dan harapan China mengenai fasa kedua COP15 yang diadakan di Montreal, Kanada.
Mao Ning berkata, China menganjurkan Sidang Kemuncak Pemimpin COP15 pada Oktober tahun lalu dengan kehadiran sembilan pemimpin negara dan Setiausaha Agung PBB, sekali gus menyuntik dorongan politik yang kuat kepada sidang tersebut.
Presiden Xi dalam sidang kemuncak turut mengemukakan empat cadangan mengenai pembangunan umat manusia pada fasa baharu, mengumumkan pelbagai langkah termasuk menubuhkan Tabung Biodiversiti Kunming yang bernilai RMB1.5 bilion (RM947 juta), dan menyumbang kebijaksanaan dan pelan China kepada perlindungan biodiversiti global.
Sebagai negara pengerusi, China akan terus memainkan peranan pimpinan dan penyelarasan, serta mendorong proses rundingan Rangka Biodiversiti Global (GBF) pasca 2020.