- Lain-lain
Forum Bandar China-Arab ke-3 Diadakan secara Dalam Talian
Forum Bandar China-Arab ke-3 diadakan secara dalam talian pada Rabu.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China yang juga Presiden Persatuan Persahabatan China-Arab, Arken Imirbaki ketika menyampaikan ucapan melalui pautan video menyatakan bahawa atas bimbingan bersama pemimpin China dan negara-negara Arab, perkongsian rakan strategi China-Arab berkembang baik, rasa saling percaya kian menebal dalam bidang politik, dan pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi amat berhasil. China berharap mempergiatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan dengan negara Arab dan membina komuniti berkongsi nasib China-Arab yang lebih erat.
Seramai lebih 100 wakil menyertai forum ini termasuk pegawai jabatan urusan asing dari 25 buah provinsi dan bandar China, pegawai dari 41 buah provinsi dan bandar negara Arab yang bertugas di China dan wakil usahawan dan sarjana. Para peserta menjalankan pertukaran secara mendalam mengenai sejumlah topik termasuk teknologi digital, bandar pintar, pengurusan persekitaran, pembangunan lestari, pengoptimuman industri dan kerjasama antara bandar.