- Lain-lain
Pencegahan dan Kawalan COVID-19 Kekal Tepat dan Pantas di China
China akan terus bertindak saintifik mencegah dan mengawal wabak COVID-19 dengan tepat dan pantas, yang sudah terbukti kondusif bagi sosioekonomi berkembang ke arah sihat dan stabil, malah memberi sumbangan kepada pemulihan ekonomi dunia.
Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika mengulas dakwaan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet L. Yellen yang berbunyi bahawa pelaksanaan dasar pencegahan dan kawalan wabak di China membawa impak negatif terhadap prospek ekonomi global.
Menurut Zhao, pendakwaan pegawai AS itu sama sekali tidak pernah merujuk kepada fakta berkenaan sebagai buktinya. Sejak tercetusnya wabak COVID-19, China tidak pernah berhenti dalam menyelaraskan hubungan antara pencegahan dan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, dan sudah memberi sumbangan penting dalam menjamin kelancaran dan kestabilan rantai industri dan pembekalan global serta mendorong pembangunan ekonomi dunia. Pada 2021, jumlah import dan eksport kargo China telah mencatat satu rekod baharu dengan mencecah USD6 trilion (RM26.4 trilion). Pada tiga suku pertama tahun ini, import dan eksport kargo negara ini pula meningkat 9.9% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu. Sewaktu berkongsi pasaran domestik yang besar dengan dunia, China bertindak konsisten membekalkan produk buatan negara sendiri yang berkualiti lagi murah ke luar.
Zhao mendesak Janet L. Yellen menghormati fakta yang sebenar dan berhenti mengeluarkan pendakwaan yang tidak benar. Pegawai AS berkenaan juga digesa mengambil kira kesatupaduan masyarakat antarabangsa dalam melawan wabak dan pembangunan bersama-sama.