99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Anak Malaysia Kejar Impian Seruling di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 21 November 2022

Toh jatuh cinta pada seruling buluh Cina semasa di sekolah rendah ketika abangnya menyertai orkestra Cina di sekolah menengah, dan mulai belajar bermain alat muzik tersebut.

Ketika Gill Toh datang ke China buat kali pertama untuk mengejar impian mendalami seni bermain seruling, beliau tidak pernah menyangka bahawa impiannya dapat berakar di tanah China.

Di atas pentas, Toh, 36 tahun, merupakan seorang pemain seruling buluh Cina. Di luar pentas pula, beliau seorang pensyarah seruling buluh Cina di Universiti Seni Guangxi (Guangxi Arts University).

Toh jatuh cinta pada seruling buluh Cina semasa di sekolah rendah ketika abangnya menyertai orkestra Cina di sekolah menengah, dan mulai belajar bermain alat muzik tersebut. “Nada jelas seruling buluh yang membimbing saya menempuh jalan untuk berkecimpung dalam seni itu.”

Ketika Toh mendewasa, beliau pergi ke Singapura untuk mengasah kemahiran bermain seruling. “Ketika itu, saya ingat itu jalan yang jarang dijejaki orang, umpama mengadakan konsert seorang diri.”

Menurut Toh, guru seruling buluh profesional di Malaysia sangat sedikit, dan persekitaran kondusif untuk memupuk pemain seruling buluh agak terhad.

Pada tahun 2005, Toh membuat satu keputusan yang berani, iaitu memohon untuk mengekalkan kelayakannya untuk masuk ke universiti dan pergi ke Beijing. “Saya memutuskan untuk memohon masuk ke Central Conservatory of Music,” ujarnya. Maka bermulalah satu lembaran baharu dalam hidupnya.

Selepas mendapat ijazah sarjana muda, beliau menjadi guru seruling buluh Cina di Malaysia dan Singapura. “Rasanya seolah-olah saya dapat dengan sepintas lalu melihat keseluruhan hidup saya sampai ke hujung,” katanya ketika mengungkap masa lalu. Hasrat untuk memperbaiki persembahan dan menuntut ilmu membawanya kembali ke Central Conservatory of Music untuk pengajian pascasiswazah.

Pada mulanya, Toh telah merancang untuk kembali ke Malaysia selepas tamat pengajian, tetapi Universiti Seni Guangxi menawarkan pekerjaan kepadanya sebaik sahaja beliau selesai. Pada masa itu, jarang sekali universiti China merekrut warga asing sebagai guru muzik rakyat. Kata beliau, pekerjaan itu memberikannya peluang untuk tinggal di China.

Provinsi Guangxi dan negara-negara ASEAN dekat dari segi jarak dan rapat dari segi budaya. Ramai pelajar ASEAN yang menuntut ilmu di universiti tersebut.

Sejak Pesta Muzik China-ASEAN yang dianjurkan oleh Universiti Seni Guangxi pada 2012, persembahan seperti opera, simfoni dan orkestra serta lagu dan tarian rakyat ASEAN sudah semakin dikenali ramai. “Saya dapat merasakan daya tarikan daripada keterbukaan budaya serta komunikasi,” katanya.

Sepanjang masa di China, beliau juga menyertai rombongan seni dan membuat persembahan di Vietnam, Filipina, Kemboja dan negara lain. “Kami cuba menggabungkan seruling buluh Cina dan alat muzik tempatan tatkala menggubah,” kata Toh. “Komunikasi dan inovasi dapat memacu perkembangan budaya seni yang pelbagai ragam bahkan memperkaya konotasi budaya dan lapisan seni.”

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Toh balik ke Malaysia untuk mempromosikan seni seruling buluh Cina ketika bercuti. “Masa muda, saya bermain seruling di atas pentas. Dengan berlalunya masa, saya mendapat peluang untuk berkongsi pengalaman dengan murid-murid yang sama berkongsi minat pada seruling buluh Cina,” ujarnya.

“China yang kian hari kian terbuka membawa peluang besar untuk saya memajukan kerjaya. Saya sangat suka akan kerja dan hidup saya di sini,” kata Toh. Adalah menjadi harapannya agar semakin ramai belia dari negara-negara ASEAN dapat mengambil kesempatan daripada keterbukaan China dan merealisasikan nilai diri mereka di negara ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan