99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Sampaikan Ucapan dalam Sidang Pemimpin APEC

(CRI)Jumaat 18 November 2022

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan penting dalam Sidang Pemimpin ke-29 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang dirasmikan di Bangkok, Thailand pagi tadi.

Xi menyatakan bahawa pada masa ini, wabak COVID-19 masih menular di dunia, pemulihan ekonomi global menghadapi pelbagai cabaran. Sementara itu, unilateralisme dan amalan perlindungan kian bangkit, memberikan tempias kepada rantaian perindustrian dan bekalan global. Isu seperti inflasi, keselamatan makanan dan tenaga juga semakin meruncing.

Beliau menyatakan bahawa dalam situasi baharu ini, kita harus berganding tangan untuk membina komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik dan mencipta kecemerlangan baharu dalam kerjasama serantau.

Beliau mencadangkan bahawa usaha harus diperkasakan untuk memelihara kesaksamaan dan keadilan antarabangsa untuk membina Asia-Pasifik yang aman dan stabil, mengekalkan keterbukaan dan keinklusifan demi mewujudkan kemakmuran bersama di Asia-Pasifik.

Pada masa sama, pembangunan mesra alam dan rendah karbon patut diperkasakan demi membina Asia-Pasifik yang bersih dan indah, dan berganding bahu untuk menjadikan Asia-Pasifik rantau yang saling menyokong.

Presiden Xi menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan dengan jayanya pada bulan lalu, menggariskan hala tuju pembangunan China pada masa akan datang. China bersedia hidup bersama secara aman dan mewujudkan pembangunan bersama dengan semua negara berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan sama menang.

Beliau menegaskan, China akan mengintensifkan keterbukaan dan mendorong modenisasi ala China hingga memberikan limpahan manfaat kepada seluruh dunia, khususnya Asia-Pasifik. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan