- Lain-lain
China Bertindak Tekun Tangani Perubahan Iklim
China sentiasa bertindak tekun dalam usaha menangani isu perubahan iklim, ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Rabu.
Dimaklumkan, negara pengerusi Persidangan Pemeterai Ke-27 dan Ke-26 Konvensyen Kerangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) telah memberikan mandat kepada sekumpulan pakar pada Isnin untuk menggubal dan menulis satu laporan bersama yang berkisar pada seruan tentang bajet sebanyak USD2 trilion (RM9.4 trilion) diperuntukkan bagi menyokong negara membangun dalam mengekang dan menghadapi pemanasan global.
Sehubungan itu, Zhao berkata, China menyokong jadual kerja yang rasional yang dibuat UNFCCC tentang masalah kerugian dan kerosakan yang menjadi perhatian negara membangun, mendesak negara maju bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab mereka yang ketinggalan sejarah silam dan kewajipan antarabangsa, khususnya secepat mungkin menunaikan komitmen mengenai USD100 bilion (RM470.7 bilion), di samping mencari jalan penyelesaian untuk menggandakan dana penyesuaian, supaya membantu negara membangun memperhebat kemampuan sekaligus memupuk rasa saling mempercayai dan meningkatkan solidariti antara Selatan dengan Utara.
"Pada tempoh sedekad lalu dari 2012 hingga 2021, China mewujudkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.6% dengan kadar pertambahan penggunaan sumber tenaga hanya 3% secara purata. Pelepasan karbon dioksida bagi setiap unit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkurangan 34.4%, sedangkan penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK menurun 26.4%. Ini bersamaan dengan penjimatan 1.4 bilion tan 'Coal Equibalent'. Pasaran karbon kebangsaan yang dimulakan pada Julai tahun lepas sudah menjadi pasaran karbon terbesar di dunia, dengan meliputi jumlah pelepasan gas rumah hijau sebanyak 4.5 bilion tan setiap tahun. China bersedia bersama dengan pelbagai pihak, terus berinisiatif menangani isu perubahan iklim dalam senario global, dan berganding bahu menyahut cabaran terbabit," kata Zhao lagi.