99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

CIIE Ke-5 Diserikan Penampilan Produk Elemen China

(CRI)Selasa 08 November 2022

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi kelima yang sedang berlangsung di Shanghai diserikan dengan penampilan debut produk jenama asing yang mengandungi elemen China.

China menjadi pasaran terbesar bagi pengeluar kristal dari Austria, Swarovski sejak 2019.

Syarikat tersebut memilih Shanghai sebagai lokasi untuk menempatkan kedai flagship pertamanya di rantau Asia pada hujung tahun 2021, sekali gus memperlihatkan keyakinannya terhadap pasaran China.

Swarovski yang menyertai CIIE buat kali ketiga turut mempamerkan produk yang mengandungi elemen China.

Lima set mainan baharu yang diilhamkan dari budaya dan tradisi China dikeluarkan Kumpulan LEGO (LEGO) secara debut dalam pameran CIIE.

Ini juga merupakan tahun kelima berturut-turut bagi LEGO untuk melancarkan produk baharu dengan elemen budaya China pada ekspo tersebut, dan jumlahnya juga mencapai rekod tertinggi.

Pada CIIE kelima, pengeluar produk sukan dari Jerman, Adidas membuat debut produk blockbuster, iaitu koleksi istimewa untuk Sambutan Tahun Baharu Zodiak China Adidas 2023 yang direka bentuk oleh artis kontemporari terkenal dari China, Han Meilin.

Di samping itu, jenama tradisional terkenal China dan jenama fesyen antarabangsa juga menjalankan kerjasama.

Dalam ekspo kali ini, jenama fesyen dari Amerika Syarikat (AS), Coach dan jenama makanan terkenal China, White Rabbit bersama-sama membuat debut siri produk nama bersama, seperti pakaian, beg tangan, kasut dan koleksi pakaian kanak-kanak.

 

 

Gaya Hidup