- Lain-lain
Yakin Lawatan Presiden Hassan Mantapkan Lagi Hubungan China-Tanzania
(CRI)Khamis 03 November 2022
Lawatan Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan ke China memperlihatkan betapa tingginya taraf persahabatan dan kesalingpercayaan antara kedua-dua negara, kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media semalam.
Zhao berkata, lawatan itu diyakini akan mendorong perkembangan hubungan China-Tanzania ke tahap lebih tinggi.
Menurutnya, ikatan muhibah antara China dan Tanzania merupakan gambaran kekukuhan hubungan persahabatan dan kerjasama China-Afrika.
Lawatan Presiden Hassan akan turut memberi dorongan kepada usaha sama untuk membentuk komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada era baharu.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang