- Lain-lain
Peranan PBB Tidak Boleh Diganti
Penguatkuasaan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan penubuhan PBB secara rasmi 77 tahun dahulu telah membuka lembaran baharu bagi hubungan antarabangsa.
Sebagai organisasi antara kerajaan yang paling berwibawa di peringkat global, PBB mempertahankan multilateralisme dan memainkan peranan yang tidak boleh digantikan dalam memelihara keamanan dunia dan mengintensifkan pembangunan bersama.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang taklimat bersempena sambutan Hari PBB pada Isnin.
Menurutnya, sebagai negara anggota tetap Majlis Keselamatan dan negara pertama yang menurunkan tanda tangan dalam Piagam PBB, China mempertahankan misi dan visi Piagam PBB, membela peranan teras PBB dalam hal ehwal antarabangsa, di samping menjadi tonggak yang penting dalam pembinaan keamanan dunia, pembangunan global dan pemeliharaan order antarabangsa.