99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pakar AS Kecam Demokrasi Barat

(CRI)Jumaat 21 Oktober 2022

Bekas penasihat khas bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang juga pakar ekonomi Universiti Columbia, Profesor Jeffrey D. Sachs mengecam kemunafikan sistem demokrasi Barat yang diwakili Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Sebagai tetamu kehormat dalam satu forum yang diadakan di Greece pada 29 September lalu, Profesor Jeffrey D. Sachs berkata, AS pada pandangannya merupakan negara berunsurkan rasialisme di bawah sistem hierarki yang diterajui orang kulit putih yang bertujuan untuk memelihara hak istimewa golongan elit. Ini juga matlamat asal penggubalan Perlembagaan AS pada tahun 1787.

"Untuk kepentingan orang kulit putih, negara ini pernah melancarkan pembunuhan secara besar-besaran terhadap golongan bumiputera di Amerika Utara. Apa yang mengagumkan adalah situasi seumpama ini kekal wujud di AS walaupun tata hukum masyarakat menjadi semakin pelbagai pada masa ini," katanya.

Menurutnya, kebanyakan orang menganggap negara demokratik sebagai negara yang baik, namun setakat abad ke-19, Britain yang dianggap sebagai negara yang mungkin paling demokratik merupakan negara yang paling kejam kerana negara itu pernah sewenang-wenangnya melancarkan pembunuhan yang bercorak imperialisme terhadap negara lain, walaupun di dalam negerinya mengamalkan apa yang disebut sistem demokratik.

Profesor Jeffrey D. Sachs berkata, selanjutnya dari tahun 1950 hingga sekarang, negara yang paling kejam adalah AS.

Gaya Hidup