- Lain-lain
Kemajuan Teknologi China Mustahil Dihalang
Kemajuan teknologi China mustahil dihalang akibat sebarang sekatan dan amalan menindas, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.
Sejak sekian lama, sesetengah negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) mencanangkan ‘teori cantas hubungan’ hingga mencetuskan kebimbangan dunia luar terhadap prospek pembangunan teknologi China.
Sehubungan itu, Mao berkata kerajaan China amat mementingkan inovasi teknologi yang dilihat sebagai penggerak utama bagi memacu pertumbuhan, sementara meletakkan kemandirian serta pengukuhan diri dalam bidang sains dan teknologi sebagai tunjang strategik pembangunan negara.
Menurut beliau, China kini berstatus negara inovatif, menyaksikan lebih banyak kemajuan dicapai dalam sektor teknologi canggih seperti maklumat kuantum, selain industri baharu seperti kecerdasan buatan (AI) terus berkembang pesat.
Katanya, kerjasama antara China dengan negara-negara lain dalam penyelidikan sains dan teknologi turut memberi sumbangan besar bagi menambah baik kebajikan dan kesejahteraan umat manusia, serta mengatasi pelbagai cabaran global.